REFLEKSI BLOG INI

Tuesday, 5 June 2012

Assalamualaikum, syukur ke hadrat Ilahi dengan izin- Nya dapat kami bertiga menyiapkan blog warung Flash ini walaupun dalam keadaan kesuntukan masa. Jutaan terima kasih diucapkan kepada pensyaran kami iaitu Dr. Sharifah Sariah kerana sudi memberikan tunjuk ajar dan komen yang berguna kepada kami sepanjang sesi kelas berlangsung dan tidak lupa juga kepada rakan-rakan yang sentiasa memberikan dorongan dan berkongsi ilmu untuk menyiapkan blog ini. 

Tujuan kami membuat blog ini adalah untuk memenuhi tugasan bagi subjek EDT 5303 iaitu Teknologi dan Inovasi dalam Pendidikan, namun kami sedar kami juga secara tidak langsung boleh memperoleh banyak ilmu semasa kami membuat blog ini.Selain itu juga tujuan blog ini di wujudkan adalah untuk berkongsi ilmu pengetahuan yang kami ada tentang Flash kepada orang ramai terutamanya para pelajar kami sendiri. 

Di dalam blog warung Flash ini, kami akan berkongsi kepada pelajar-pelajar tentang modul Flash  di mana pelajar boleh memuat turun daripada blog untuk belajar. Kami juga berkongsi mengenai video-video tentang cara menghasilkan animasi Flash yang kami rasakan mudah dan menarik untuk pelajar pelajari . Video ini kami memuat turun  daripada You Tube. Selain modul Flash, tugasan yang pelajar perlu buat juga ada disediakan dalam blog warung Flash ini.
Di dalam blog ini juga , para pelajar boleh memberikan komen masing-masing tentang masalah yang mereka hadapi semasa mempelajari Flash.

Walaupun terdapat banyak kekangan semasa membuat blog ini seperti kekangan masa yang agak terhad. Namun kami cuba membuat sedaya upaya kami untuk menyiapkan blog ini untuk menjadi bahan santapan para pelajar kami nanti apabila kami balik ke MRSM masing-masing. Walaupun terdapat banyak kelemahan dalam blog yang dibuat dengan cepat ini, akan tetapi kami akan memperbaikinya dari semasa ke semasa.

Sesungguhnya, Kelas EDT 5303 ini telah banyak memberi pengetahuan yang berguna kepada kami, sebagai contoh kami telah mempelajari bagaimana untuk menghasilkan slaid persembahan Power Point dengan baik , berkesan dan menarik . Selain itu, kami juga mempelajari bagaimana untuk membina blog untuk subjek mata pelajaran masing-masing.

Sebagai penutup kata, sekali lagi kami ucapkan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang telah membantu dan memberikan tunjuk ajar kepada kami sepanjang kami berada di bumi UIA ini. Sekian , Terima Kasih.

Video Tutorial Motion Shape


Setelah kamu melihat nota dalam modul dalam entri sebelum ini, entri ini adalah tutorial berbentuk video yang di cari dalam laman web You Tube untuk santapan anda. Mungkin video ini dapat membantu anda tentang cara membuat Motion Shape dengan lebih jelas lagi kerana mengandungi suara. 
Kredit kepada http://www.youtube.com/user/thevirtualinstructor

Video Tutorial Motion Tween


Video di atas menunjukkan langkah demi langkah tentang bagaimana ingin membuat animasi ringkas Motion Tween. Diharap video tersebut dapat membantu. Video ini diambil daripada Youtube.

Cara-cara menghasilkan Motion Shape menggunakan perisian Macromedia Flash

Monday, 4 June 2012


Salam...
Bertemu kembali..
Jika sebelum ini anda telah diajar untuk menghasilkan motion tween, kali ini, anda akan dijelaskan tentang  bagaimana untuk menghasilkan motion shape dengan menggunakan Macromedia Flash.
Anda boleh merujuk nota mengenai motion shape disini.

Animasi motion shape adalah sebuah animasi atau satu pergerakan objek dimana bentuk dari objek yang dilukis atau dihasilkan berubah mengikut kehendak anda.


Berikut adalah langkah-langkah bagi menghasilkan motion shape:
1. Dengan menggunakan rectangle tool, lukis satu segiempat di atas stage. Anda boleh merujuk cara untuk melukis segiempat di sini.

2. Seterusnya, klik pada frame ke-15 dan pilih insert keyframe
Pilih insert keyframe. Anda boleh memilih frame yang lain sekiranya anda mahu.
3. Anda akan dapat melihat simbok dot(titik) di atas frame ke-15. 
4. Untuk langkah seterusnya, padam objek/segiempat di frame ke-15 dengan cara klik kiri pada frame tersebut dan tekan butang delete di atas keybaoard anda. Ini bermakna pada frame ke-15, tiada sebarang objek di atas stage.Anda akan dapat melihat frame anda seperti rajah di bawah.
frame ke-15 yang telah kosong.

5. Klik kiri pada frame ke-15, dan lukis satu objek yang berlainan dari yang telah dilukis tadi seperti contoh di bawah.
saya memilih objek berbentuk bulat
 6. Setelah selesai melukis, pilih mana-mana frame diantara frame 1 hingga 14 dan set properties seperti di bawah.
7. Setelah menukar tween kepada shape, anda boleh menekan CTRL+ENTER untuk melihat hasilnya.




8. Sebagai latihan, cuba anda lakukan seperti contoh dibawah.

Pengenalan kepada Flash

Salam semua..
Ini adalah pengenalan kepada Macromedia Flash. Diharap anda mendapat sedikit gambaran dan ilmu tentang Flash. Introduction to Flash

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...