Assalamualaikum, syukur ke hadrat Ilahi dengan izin- Nya dapat kami bertiga menyiapkan blog warung Flash ini walaupun dalam keadaan kesuntukan masa. Jutaan terima kasih diucapkan kepada pensyaran kami iaitu Dr. Sharifah Sariah kerana sudi memberikan tunjuk ajar dan komen yang berguna kepada kami sepanjang sesi kelas berlangsung dan tidak lupa juga kepada rakan-rakan yang sentiasa memberikan dorongan dan berkongsi ilmu untuk menyiapkan blog ini.
Tujuan kami membuat blog ini adalah untuk memenuhi tugasan bagi subjek EDT 5303 iaitu Teknologi dan Inovasi dalam Pendidikan, namun kami sedar kami juga secara tidak langsung boleh memperoleh banyak ilmu semasa kami membuat blog ini.Selain itu juga tujuan blog ini di wujudkan adalah untuk berkongsi ilmu pengetahuan yang kami ada tentang Flash kepada orang ramai terutamanya para pelajar kami sendiri.
Di dalam blog warung Flash ini, kami akan berkongsi kepada pelajar-pelajar tentang modul Flash di mana pelajar boleh memuat turun daripada blog untuk belajar. Kami juga berkongsi mengenai video-video tentang cara menghasilkan animasi Flash yang kami rasakan mudah dan menarik untuk pelajar pelajari . Video ini kami memuat turun daripada You Tube. Selain modul Flash, tugasan yang pelajar perlu buat juga ada disediakan dalam blog warung Flash ini.
Di dalam blog ini juga , para pelajar boleh memberikan komen masing-masing tentang masalah yang mereka hadapi semasa mempelajari Flash.
Walaupun terdapat banyak kekangan semasa membuat blog ini seperti kekangan masa yang agak terhad. Namun kami cuba membuat sedaya upaya kami untuk menyiapkan blog ini untuk menjadi bahan santapan para pelajar kami nanti apabila kami balik ke MRSM masing-masing. Walaupun terdapat banyak kelemahan dalam blog yang dibuat dengan cepat ini, akan tetapi kami akan memperbaikinya dari semasa ke semasa.
Sesungguhnya, Kelas EDT 5303 ini telah banyak memberi pengetahuan yang berguna kepada kami, sebagai contoh kami telah mempelajari bagaimana untuk menghasilkan slaid persembahan Power Point dengan baik , berkesan dan menarik . Selain itu, kami juga mempelajari bagaimana untuk membina blog untuk subjek mata pelajaran masing-masing.
Sebagai penutup kata, sekali lagi kami ucapkan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang telah membantu dan memberikan tunjuk ajar kepada kami sepanjang kami berada di bumi UIA ini. Sekian , Terima Kasih.